Limousin Yang Paling Berat di Dunia | Awek Blogger
Breaking News
Loading...

Saturday, January 15, 2011

Limousin Yang Paling Berat di Dunia

Limousin Yang Paling Berat di Dunia


RUANG dalam limousin yang diiktiraf sebagai yang terberat di dunia.

LOS ANGELES - Sebuah limousin di Amerika Syarikat (AS), Midnight Rider, mencatat nama dalam Guinness Book of Records sebagai yang paling berat di dunia dan berkemungkinan yang terbesar.

Limousin itu boleh membawa 40 orang dan turut mempunyai ruang untuk aktiviti tarian tiang dan seberat 22.7 tan selain 22 buah tayar.

Ia sepanjang 21.3 meter, dilengkapi tiga ruang rehat, sebuah bar dan lima set televisyen, sistem bunyi dan penerima kabel satelit.

"Kenderaan ini merupakan limousin paling mewah dan unik di dunia dengan ruang keseluruhan seluas 42.7 meter persegi," kata pemiliknya, Pamela Bartholomew Machado, dari negeri California.

"Ia lebih menyerupai sebuah kelab malam bergerak walaupun dikategori sebagai limousin," tambahnya.

Kenderaan itu yang disewakan pada kadar AS$1,030 (RM3,146) untuk sejam, memerlukan penyewa memperuntukkan wang AS$713 (RM2,178) bagi mengisi minyak penuh.

google+

linkedin

About Author
  • Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Sed posuere consecteturDonec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Read More

    0 comments:

    POST A COMMENT

     

    Gallery

    About Us

    My Ping in TotalPing.com track website Thailand's Best Websites Free Counter terkini,panas,artis,cara powered by PRBbutton Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com