Siapa Ahmad Shafie bin Haji Muhammad Amin | Awek Blogger
Breaking News
Loading...

Monday, February 7, 2011

Siapa Ahmad Shafie bin Haji Muhammad Amin

Ahmad Shafie bin Haji Muhammad Amin

Ahmad Shafie bin Haji Muhammad Amin 1862 - 1945 atau nama
penuhnya Haji Ahmad Shafie bin Haji Muhammad Amin merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.

Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.


Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

Terkenal sebagai ulama yang sangat warak dan penuh dengan kekeramatan. Sewaktu Terengganu dilanda kemarau pada awal kurun ke-20, pemerintah Terengganu akan bertanya kepada beliau di mana tempat yang perlu digali perigi kerana tempat yang ditunjukinya biasanya akan mempunyai air.

Hj Mohd Shafie Losong adalah cucu kepada Tok Subuh Abdul Rahman yang berhijrah ke Terengganu untuk belajar dari Tokku Paloh (Syed Abdul Rahman Al-Idrus) dan terus berumahtangga dan membuka pengajian pondok di Losong, Kuala Terengganu. Kampung tersebut dikenali sebagai Losong Haji Mohd Shafie sehingga sekarang.
Hj Mohd Shafie hidup sezaman dengan Tok Kenali Kelantan. Tok Kenali pernah berkata: "Tidak ada orang lain (di zaman itu) yang lebih dalam ilmu tasawwufnya dari Hj Mohd Shafie Losong"

Beliau selalu berjalan dalam keadaan tunduk bagi menundukkan pandangan dari aurat wanita. Di sebelah rumah beliau terdapat sebuah pondok kecil tempat beliau bermuqorrobah dengan Allah swt. Beliau adalah pengamal Tariqat Syatariah. Isteri beliau Allahyarhamah Hajjah Su pernah menceritakan di akhir-akhir hayat beliau, Hj Shafie begitu asyik berzikrullah sehingga kadangkala beliau lupa untuk makan, lalu disuap makanan oleh isteri beliau.

Begitulah gambaran seorang ulama kekasih Allah.Sewaktu penaklukan Jepun beliau dilihat menghembus sesuatu ke arah kapal terbang Jepun dan bom tentera Jepun tidak jatuh di sekitar tempat beliau menetap. Beliau pulang ke rahmatullah pada tahun 1947. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

google+

linkedin

About Author
  • Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Sed posuere consecteturDonec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Read More

    0 comments:

    POST A COMMENT

     

    Gallery

    About Us

    My Ping in TotalPing.com track website Thailand's Best Websites Free Counter terkini,panas,artis,cara powered by PRBbutton Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com