Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim 1862-1895 | Awek Blogger
Breaking News
Loading...

Wednesday, February 2, 2011

Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim 1862-1895

Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim 1862-1895


Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim.لمرحوم سلطان سير ابو بكر ابن المرحوم تماڠڬوڠ دايڠ إبراهيم سري مهاراج جوهر .(lahir 3 Februari 1833 - mangkat 10 Mei 1895) telah menggantikan bapanya Temenggong Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor dari 1862-1895. Beliau berumur lebih kurang 28 tahun semasa bapanya meninggal dunia.Beliau memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Beliau ialah sultan pertama Johor moden.

Temenggung Abu Bakar adalah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Beliau telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga.

Pada 1 Januari 1866, beliau telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".

Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.

Beliau telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara.

Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya beliau memakai gelaran Maharaja Johor.

Kemudiannya, baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal.

Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.

Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat.

Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Maka mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.


Abu Bakar
Sultan Johor
Potrait fotografik Sultan Abu Bakar
Tempoh pemerintahan 1. Temenggong of Johor:
2 February 1862 – 29 June 1868
2. Maharaja of Johor:
30 June 1868 – 12 February 1886
3. Sultan of Johor:
13 February 1886 – 4 June 1895
Didahului oleh Temenggong Daing Ibrahim (Temenggong Johor)
Sultan Ali (Sultan Johor)
Tunku Mahkota Sultan Ibrahim
Pasangan Wan Chik bt Muhammad Tahir
Zubaidah bt Abdullah
Fatimah bt Abdullah
Khadija Khanum
Putera-puteri
1. Tunku Ibrahim Iskandar (later Sultan Ibrahim)
2. Tunku Mariam
3. Tunku Besar Putri
4. Tunku Azizah
5. Tunku Fatimah
Nama penuh
Wan Abu Bakar bin Daeng Ibrahim
Keluarga Diraja House of Temenggong.
Bapa Daing Ibrahim
Ibu Cik' Ngah
Kelahiran 3 February 1833
Teluk Belanga, Singapore
Kemangkatan 4 June 1895 (age 62)
South Kensington, London, United Kingdom
Pengebumian 7 September 1895
Makam Mahmoodiah, Johor Bahru

google+

linkedin

About Author
  • Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Sed posuere consecteturDonec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Read More

    0 comments:

    POST A COMMENT

     

    Gallery

    About Us

    My Ping in TotalPing.com track website Thailand's Best Websites Free Counter terkini,panas,artis,cara powered by PRBbutton Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com