Forensik komputer - MSU | Awek Blogger
Breaking News
Loading...

Monday, February 7, 2011

Forensik komputer - MSU

Ilmu forensik komputer MSU


KERJAYA dalam bidang perkomputeran antara paling berprestij, menjadikannya antara bidang pekerjaan pilihan ramai sekali gus memberi impak positif kepada industri pekerjaan berkenaan.

Permintaan itu turut memberi dimensi baru apabila cabang perkomputeran semakin meluas dengan penemuan pelbagai bidang sekali gus melonjakkan permintaan majikan dalam sektor kerjaya selain kepelbagaian program baru diperkenalkan bagi memenuhi pasaran yang kian global.

Antara hangat diperkatakan ialah forensik komputer yang kini menjadi buruan pelbagai sektor kerana bukan saja mempunyai elemen menarik malah diiktiraf antara bidang kerjaya profesional yang semakin diminati.

Turut dikenali sebagai digital forensik, bidang ini satu cabang ilmu forensik yang berkait rapat dengan bukti perundangan yang ditemui dalam komputer dan media penyimpanan digital.


Tujuannya menerangkan situasi terkini artifak digital seperti sistem komputer, medium penyimpanan seperti cakera keras, dokumen elektronik seperti e-mel.


Ia boleh dikategorikan sebagai penyataan ‘apakah informasi yang ada atau yang boleh diguna pakai bagi menangani situasi tertentu.’ Forensik komputer juga saling berkaitan dengan beberapa kategori seperti jaringan forensik, data forensik, multimedia forensik serta telekomunikasi forensik.

Terdapat beberapa langkah asas perlu diketahui dalam forensik komputer iaitu persediaan penyiasatan, pelbagai data berbentuk digital jika membabitkan aspek perundangan, pemeriksaan, analisis dan pembentangan fakta.

Menyedari potensinya, Management & Science University (MSU) memberi peluang kepada sesiapa berminat me-ngikutinya sekali gus membina peluang kerjaya cerah.

Menggunakan modul pembelajaran terkini di samping sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee, pelajar akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang selain suasana pembelajaran kondusif memberi kelebihan sepanjang tempoh pengajian.

MSU menawarkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang berkenaan dengan kelayakan minimum digariskan institusi melalui Faculty of Information Sciences & Engineering (FISE).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung program forensik komputer dan program-program lain yang ditawarkan di MSU, sila hubungi 03-5521 6868 atau lawati www.msu.edu.my. Pilihan lain ialah dengan menghantar sms ke INFOMSU nama emel dan hantar ke 019-341 9152/016-356 8251 atau 012-249 6551 .hmetro

google+

linkedin

About Author
  • Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Sed posuere consecteturDonec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Read More

    0 comments:

    POST A COMMENT

     

    Gallery

    About Us

    My Ping in TotalPing.com track website Thailand's Best Websites Free Counter terkini,panas,artis,cara powered by PRBbutton Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com