60 jet pejuang Britain dileraikan. | Awek Blogger
Breaking News
Loading...

Tuesday, April 19, 2011

60 jet pejuang Britain dileraikan.



BEBERAPA jet Harrier berada di dalam sebuah hangar di Britain. 

STAMFORD - Sebanyak 60 jet pejuang Harrier yang sepatutnya digunakan untuk menyerang tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kini menunggu untuk dileraikan di beberapa buah hangar di Britain, lapor akhbar The Sun semalam.Jet pejuang berkenaan yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak seperti helikopter disimpan di beberapa hangar milik Tentera Udara Diraja Britain (RAF) dekat sini.

Semua jet pejuang itu masih berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dalam misi ketenteraan.
Namun, jet-jet tersebut akan dileraikan dalam langkah penstrukturan semula RAF bagi menjimatkan kos penyelengaraan berjumlah £750 juta (RM3.6 bilion).Langkah tersebut dianggap merugikan Britain yang membelanjakan £30 juta (RM147.6 juta) seminggu untuk melancarkan serangan udara ke atas rejim Gaddafi di Libya.Britain menyertai Amerika Syarikat dan Perancis dalam melaksanakan zon larangan terbang di Libya bagi mengelak Gaddafi melakukan serangan ke atas orang awam. Jet Harrier boleh melakukan misi terbabit dari sebuah kapal induk dengan kos cuma £40 juta (RM196.8 juta) setahun. - Agensi

Nota : itulah terlampau banyak membuat jet pejuang, dan tak mampu untuk selenggarakannya. adakah ini satu pembaziran?..jual pada negara yang mampu untuk membelinya.

google+

linkedin

About Author
  • Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Sed posuere consecteturDonec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Read More

    0 comments:

    POST A COMMENT

     

    Gallery

    About Us

    My Ping in TotalPing.com track website Thailand's Best Websites Free Counter terkini,panas,artis,cara powered by PRBbutton Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com