Safi Rania Gold:-Wajah Rozita Che Wan Bernilai Setengah Juta | Awek Blogger
Breaking News
Loading...

Sunday, April 17, 2011

Safi Rania Gold:-Wajah Rozita Che Wan Bernilai Setengah Juta

Kerana rupa parasnya yang cantik, ia telah memberi kelebihan buat pelakon jelita Rozita Che Wan, 38 apabila dibayar melebihi setengah juta sempena perlantikannya sebagai duta produk kecantikan Safi Rania Gold.

Enggan mengulas lebih terperinci mengenai angka berkenaan, beliau yang ditemui portal murai.com.my baru-baru ini berkata, jumlah berkenaan termasuk dengan kadar perlindungan insuran nyawa sebanyak RM200,000 sepanjang 2 tahun beliau bergelar jurucakap kepada produk berkenaan.


"Sememangnya saya tak sangka apabila pihak Safi menawarkan saya dengan tawaran yang cukup lumayan. Biarlah saya sendiri yang tahu angka sebenar bayaran yang mereka berikan kepada saya.

"Bagaimanapun saya lebih teruja apabila mereka sudi melindungi saya dengan kadar perlindungan insuran yang sangat tinggi. Inilah pertama kali saya mendengar seseorang duta produk kecantikan dilindungi dengan insuranyang sebanyak itu dan saya merasakan sangat bertuah," kata Rozita Che Wan.

Beliau ditemui anggun dengan persalinan tradisional emas rekaan Man Kajang selepas majlis perlantikan dan sidang media sempena perlantikannya sebagai duta Safi Rania Gold di Hotel Royal Chulan, di sini baru-baru ini.

Safi Rania Gold yang mula diperkenalkan tiga tahun lalu adalah produk anti penuaan yang diperkaya dengan formulasi teknologi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan serta garis halus sehingga 55 peratus dengan membaiki keanjalan kulit dalam tempoh 3 minggu.

Rozita Che Wan berkata, ini adalah pertama kali beliau dilantik sebagai duta produk kecantikan, sekali gus membuatkan dirinya cukup teruja dengan pelbagai aktiviti serta agenda yang telah disusun buatnya.

Jelasnya, selain terbabit secara langsung dengan penggambaran iklan TV untuk produk berkenaan dan penggambaran di majalah, khidmatnya juga diperlukan bagi menghadiri beberapa siri jelajah bertemu pengguna Safi Rania Gold di lokasi terpilih.

"Bukannya saya tidak pernah ditawarkan untuk menjadi duta bagi produk kecantikan tempatan, tapi mungkin produk mereka kurang sesuai dengan kulit wajah saya.

"Safi Rania Gold bukan saja sesuai untuk digunakan buat wanita yang akan memasuki usia 40-an seperti saya, malahan ia juga boleh diamalkan si kalangan i wanita 20-an sebagai penjagaan awal memulihara wajah daripada kesan kedutan," katanya.

Pelakon bertubuh cantik itu berkata, dia mula menggunakan produk berkenaan sejak sebulan yang lalu, namun dia sudah pun mengetahui kebaikannya menerusi ibunya yang merupakan pengguna setia produk berkenaan.

Terang Rozita lagi, selain membantu melambatkan proses penuaan, dia cukup tertarik dengan pencuci wajah produk berkenaan yang dapat membersihkan wajah pada tahap maksimum terutama sekali bagi menghilangkan kesan solekan tebal selepas seharian menjalani penggambaran.

"Sejak ibu saya menggunakannya untuk menghilangkan jeragat di wajahnya, saya mula tertarik. Saya sukakan pencuci wajahnya, serum dan juga krim kecantikan malam. Wajah saya nampak cerah, garis halus semakin berkurangan dan jeragat juga telah berkurangan," katanya.

google+

linkedin

About Author
  • Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Sed posuere consecteturDonec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Read More

    0 comments:

    POST A COMMENT

     

    Gallery

    About Us

    My Ping in TotalPing.com track website Thailand's Best Websites Free Counter terkini,panas,artis,cara powered by PRBbutton Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com