Kenapa Kerja Kerajaan Yang Jadi Pilihan? | Awek Blogger
Breaking News
Loading...

Friday, January 14, 2011

Kenapa Kerja Kerajaan Yang Jadi Pilihan?

Kenapa Kerja Kerajaan Jadi Pilihan?


1. Gaji Lumayan

Dulu ramai pekerja di sektor awam dan kerajaan yang mengeluh kerana gaji yang sedikit dan tidak kompetitif seperti di sektor swasta. Kini anda tidak akan lagi dengar keluhan sebegini kerana keadaan sudah menjadi sebaliknya. Kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji sebanyak dua kali dalam masa beberapa tahun yang lepas. Secara tiba tiba sahaja, ramai kakitangan kerajaan menjadi ‘orang kaya’ dan menerima limpahan kewangan yang berganda. Yang masih kurang cuma bonus tahunan tapi ini mungkin berubah dalam beberapa tahun akan datang.

Cuepacs, badan yang menaungi pekerja pekerja kerajaan tidak henti henti mengadakan rundingan serta mendesak kerajaan supaya terus menerus menaikkan imbuhan dan faedah faedah lain kepada kakitangan awam. Nantikan beberapa lagi pengumuman positif daripada pihak kerajaan dalam masa terdekat. Anda mungkin tersenyum lebar.

2. Faedah Pencen

Ya, pencen. Kerja sampai umur persaraan wajib, dan kemudian nikmatilah faedah pencen hingga ke akhir hayat. Setiap bulan bila sampai masanya, wang pencen akan masuk ke dalam akaun bank seolah olah anda masih bekerja dengan kerajaan. Selain pencen yang berupa wang, ada faedah faedah lain yang menanti, seperti kemudahan rawatan dan juga penggunaan fasiliti di pejabat pejabat dan aset milik kerajaan.

Untuk yang bekerja di sektor swasta, kebanyakan tidak menerima imbuhan pencen tetapi mempunyai akaun KWSP atau EPF. Berbanding dengan wang pencen yang diberi setiap bulan, wang simpanan tabung KWSP akan diberi secara langsam kepada pesara. Bergantung kepada kebolehan pesara ini menguruskan dan mengendalikan kewangan, kehidupan mereka samaada akan menjadi baik, ataupun sebaliknya sebuah mimpi yang ngeri.

4. ‘Kerja tak sebanyak sektor swasta’


Kenapa Kerja Kerajaan Jadi Pilihan?


Walaupun ia hanyalah separuh mitos, ramai yang beranggapan kerja kerajaan lebih mudah daripada kerja di sektor swasta. Pada pendapat mereka, kerja kerajaan adalah kerja 8 pagi hingga 5 petang. Tidak lebih dari itu. Mereka tidak tahu bahawa terdapat sebilangan kecil pekerja yang terpaksa pulang lewat petang, malah membanting tulang sehingga malam atau dinihari untuk menyiapkan kerja.


5. Tak perlu fikir untung rugi

Tidak seperti syarikat swasta yang beroperasi dengan berpaksikan matlamat kewangan, jabatan kerajaan tidak perlu memikirkan untung dan rugi. Malah, segala bajet tahunan yang diberi kepada jabatan hendaklah digunakan sepenuh penuhnya. Jika bajet tidak habis digunakan, tahun depan bajet yang diberi akan berkurangan. Ini masalah! Jadi apa salahnya jika tahun ini kita anjurkan ‘kem’ di Langkawi atau di Bali.
Maklumlah, bajet masih banyak. Inisiasif inisiatif seperti penjimatan perbelanjaan, jika ada, hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

google+

linkedin

About Author
  • Donec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Sed posuere consecteturDonec sed odio dui. Duis mollis, est non commodo luctus, nisi erat porttitor ligula, eget lacinia odio sem nec elit. Read More

    0 comments:

    POST A COMMENT

     

    Gallery

    About Us

    My Ping in TotalPing.com track website Thailand's Best Websites Free Counter terkini,panas,artis,cara powered by PRBbutton Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com