Peninggalan pecahan batu bata piramid menjadi tempat lawatan pelancong. Foto: Hazlinda Hamzah
ASWAN (MESIR) "Aswan terletak 1,000 kilometer dari Kaherah. Anda perlu ambil kereta api atau kapal terbang ke Luxor dan kemudian sertai pelayaran 4 malam/5 hari di Sungai Nile untuk ke Aswan dan kembali ke Kaherah melalui perjalanan darat atau udara", kata seorang kakitangan di sebuah agensi pelancongan di Kaherah kepada bakal pelawat ke Aswan dan Luxor, dua lagi bandar raya terkenal bagi pelancongan di Mesir.
Dalia Khayrat telah berkhidmat di industri pelancongan selama lebih empat tahun dan melayan dengan baik pelanggannya.
Penampilan mesra beliau menjadikan pelawat yang pertama kali menjejakkan kaki di Mesir berasa gembira dan puas selain yakin untuk memilih pakej percutian daripada agensinya.
"Perjalanan dengan kereta api ke Aswan mengambil masa 13 jam dan kos bagi tiket di gerabak dengan tempat tidur adalah AS$60 (RM180) sehala", Dalia menyebut harga.
Kereta api bertolak ke Aswan pada pukul 8 malam dan tiba ke destinasi keesokan pagi, sempat untuk meneruskan pelayaran yang membuka pintu pada pukul 12 tengah hari setiap Jumaat di Aswan.
KAPAL ORCHESTRA
Pelayaran Sungai Nil menawarkan pilihan baik untuk menyusuri sejarah dan budaya Mesir yang kaya.
Jadi lebih daripada 30 warga Malaysia berada atas kapal Orchestra bagi pelayaran 4 hari di Sungai Nil, termasuk penulis sendiri, dari 17 hingga 20 Dis lepas.
Orchestra mempunyai lebih 60 bilik dan restorennya terletak di tingkat paling bawah, menawarkan pelbagai hidangan empat kali sehari.
Mengambil tempat di bilik dua katil atas kapal itu merupakan detik-detik yang begitu menguja bagi mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki di kapal lima tingkat.
Para penumpang mendaftar masuk bagi pelayaran itu pada tengah hari Jumaat di Aswan tetapi kapal itu hanya memulakan pelayaran pada pukul 1.20 petang tengah hari berikut. Ini membolehkan penumpang-penumpangnya untuk bersiar-siar di Aswan pada malam Jumaat dengan sendiri atau dalam lawatan yang diatur.
Lawatan yang diatur merangkumi empangan 'Aswan High Dam', sama ada pada sebelah siang atau malam, tasik Nasr, candi atas Pulau Philea dan Obelisk yang belum siap.
Bagi mereka yang berminat untuk membeli satu atau dua cender hati dan kain kapas Mesir, mereka boleh melawat bazar-bazar Mesir, pasar Nubian dan kedai kecil lain di sekeliling Aswan dengan berkereta kuda.
Bagaimanapun, memandangkan cuaca agak baik, sejuk dan kering pada musim sejuk Disember, bersiar dengan berjalan kaki dan berhenti untuk berbual dengan penduduk tempatan adalah antara pilihan yang boleh dipertimbangkan.
Kapal Orchestra sebenarnya sebuah kapal layar mewah empat bintang tetapi selepas lama berkhidmat di Nil, penarafannya dikurangkan kepada 3 bintang pada 2010.
"Anda bernasib baik untuk menjadi penumpang Orchestra, khasnya jika anda baru membuat tempahan. Kami ditempah penuh setiap minggu. Syarikat saya memajak kapal ini bersama anak kapal dan kakitangan penyenggaraan. Kami hanya menguruskan makanan dan minuman selain operasi kapal mengikut jadual", kata Ahmed, pengurus kapal kepada penumpang dari Malaysia.
PELAYARAN
Seorang rakyat Malaysia, Zakaria Omar, yang pernah belayar atas kapal layar mewah ke Phuket dan Singapura walaupun tidak begitu puas dengan Orchestra beliau tetap terpersona dengan Sungai Nil.
"Sungai Nil merupakan pengalaman yang hebat, pembuka mata khasnya apabila paras air turun di pintu air selepas Esna, 100 kilometer dari Luxor. Satu pengalaman yang mengagumkan di situ", kata lelaki ini.
Candi-candi di Pulau Kom Ombo dan candi bagi Tuhan Horus di Edfu juga adalah tempat yang mempersona dan sukar untuk dilupakan.
"Terdapat begitu banyak candi di sini untuk dilawati. Kita melawatnya untuk memahami akan sejarah mereka, menarik dan membuka mata. Selama ini kita hanya melihat dan mendengar mengenainya dari majalah dan dokumentari televisyen yang disiarkan dari masa ke semasa. Kini saya telah melihatnya dari dekat. Menarik minat dan satu-satunya pengalaman sepanjang hayat", kata Siti Halija, seorang guru dari Kluang, yang diiringi oleh suaminya dalam lawatan ke Mesir.
KUIL-KUIL YANG MENGAGUMKAN
Pemandangan Kom Ombo pada malam sudah pasti mengagumkan.
Tempat ini penuh dengan pelawat dari 10 buah kapal yang singgah di situ untuk lawatan dua jam, dengan keadaan gelap menjelang pukul 6 petang membolehkan peminat warisan sejarah menikmati pemandangan yang bermandikan cahaya lampu.
Candi-candi berkenaan kebanyakannya dibahagikan kepada pelbagai bahagian, khasnya laman terbuka di mana orang biasa boleh masuk pada zaman silam, diikuti dengan laman dalam I and II di mana Firaun dan Ratu akan menyampaikan barangan pemujaan kepada tuhan.
Dinding candi-candi ini dihiasi dengan hiroglif yang cantik, yang menceritakan akan Tuhan dan Firaun di era itu dan kepada siapa candi ini dikhususkan.
PENGALAMAN NIL
Laluan sepanjang 200 kilometer yang diperuntukan bagi pengalaman Nil cukup menarik. Para pelawat bukan sahaja dapat melihat peninggalan sejarah Firaun di sepanjang tebingnya malahan kehidupan penduduk Mesir, yang tidak banyak berubah sejak zaman Firaun.
Para nelayan tempatan boleh dilihat menangkap ikan menggunakan bot dan sampan di sepanjang sungai di sebelah perkampungan mereka yang semuanya kelihatan menghijau. Air dari Sungai Nil digunakan untuk mengairi tanah pertanian.
Kelihatan ladang-ladang tebu yang luas yang berselang dengan padang ragut bagi lembu, kambing dan unta. Keldai banyak dapat dilihat di kawasan pertanian dan jalan, yang menggalas barangan atau menarik pedati di belakangnya untuk dibawa ke pasar atau kawasan perniagaan oleh pemilik masing-masing.
"Hey lihat, terdapat seekor keldai yang terkandas di tempat yang kelihatan seperti pulau dekat dengan kapal. Mungkin nakal", kata Aziz Md. Aris, seorang lagi rakyat Malaysia, dari dek teratas yang menyebabkan kanak-kanak yang berlari-lari berhenti seketika untuk melihat keldai itu.
Dengan lambaian angin sejuk di dek atas semasa kapal bergerak menuju ke destinasi berikut, penumpang duduk di dek terbuka menikmati matahari di gurun yang kelihatan separuh terang.
Pemandangannya begitu indah sekali.
Menikmati Nil dalam cahaya matahari samar-samar, tebing-tebing menghijau di sepanjang sungai dan udara sejuk menyegarkan, sementara menunggu senja pastinya pengalaman yang begitu indah.
Dan pemandangan matahari terbenam sementara duduk santai dan menghirup kopi di dek paling atas begitu indah sekali dan belayar di Nil sudah pasti saat mempersona yang pasti kekal di sanubari buat selama-lamanya.
-- BERNAMA
0 comments:
POST A COMMENT